SELAMAT DATANG KE BLOG BICARA GURU

Selasa, 10 April 2012

Penanda Wacana

Penanda wacana

Penanda wacana sesuai digunakan untuk menulis Ringkasan dan Pemahaman, Karangan Respons Terbuka dan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan .

Maksud Penanda
 Apa yang digunakan sebagai tanda, sesuatu yang menandakan:

Maksud Wacana
1.  Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan,
     percakapan;
 2. Kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti
     pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen):


i) Penanda wacana untuk memulakan karangan

    Pada era globalisasi ini,
    Dalam meniti arus kemodenan ini,
    Dewasa ini
    Pada masa ini,
    Kini,
    Dasawarsa
    Sejak sedekad yang lalu,
    Sejak belakangan ini, (Kebelakangan ini …….)
    Belakangan ini,
    Sejak akhir-akhir ini,
    Baru-baru ini,
    Umum mengetahui bahawa,
    Sejak zaman-berzaman
    Sejak dahulu lagi,
    Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan (untuk perenggan kedua dan ke seterusnya)

1.        Antara,
2.        Selain itu,
3.        Di samping itu,
4.        Sementara itu, (untuk unsur pertentangan/keadaan yang berbeza)
5.        Dalam pada itu,
6.        Lain daripada itu, (boleh digunakan, sebab ada ungkapan lain
           daripada yang lain)
7.        Dalam pada itu,
8.        …….. Seterusnya,
9.        Begitu juga dengan…….
10.     Ahkir sekali, (untuk isi yang terakhir, bukannya untuk kesimpulan)

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan

1.        Saya berpendapat demikian kerana
2.        Hal ini dikatakan demikian kerana
3.        Hal ini berlaku kerana
4.        Hal ini terjadi kerana
5.        Hal ini disebabkan oleh
6.        Hal ini wujud akibat daripada
7.        Hal ini bersangkut-paut dengan
8.        Hal ini berpunca daripada
9.        Hal ini tercetus apabila
10.     Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..








iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan

1.        Misalnya,
2.        Contohnya,
3.        Sebagai contoh,
4.        Tamsilnya (missal )
5.        Seperti yang kita sedia maklum,
6.        Antaranya adalah seperti
7.        Satu contoh
8.        Satu cara
9.        Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh

1.        Hal ini mengakibatkan
2.        Hal ini menyebabkan
3.        Oleh itu,
4.        Maka,
5.        Oleh hal yang demikian,
6.        Oleh sebab itu,
7.        Jelaslah bahawa
8.        Justifikasinya (sesuatu alasan)

vi)Penanda menutup isi

1.        Kesannya,
2.        Natijahnya ( keputusan )
3.        Akibatnya,
4.        Akhirnya, (menegaskan kesudahan kesan dan akibat sesuatu
           perkara. Bukannya untuk isi yang terakhir)
5.        Dengan itu,
6.        Kesudahannya,
7.        Dengan berbuat demikian,
8.        Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat


1.       justeru (membawa maksud malahan, bahkan, sebaliknya.
          BUKANNYA bermaksud oleh itu (justeru itu)
2.       juga(mesti di belakang frasa nama; Contohnya; Ibu saya guru juga √.
          Bukannya: Ibu saya juga doktor. ×.
3.       malah
4.       malahan
5.       tambahan pula
6.       sementelahan
7.       bahkan juga
8.       sekali gus
9.       di samping
10.     bahkan
11.     malar-malar

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup

1.        Kesimpulannya,
2.        Intihanya ( akhir, penghabisan ,penutup )
3.        Secara tuntas  ( tidak mengalir lagi- air mata )
4.        Tuntasnya,………….
5.        Konklusinya  ( keputusan pendapat )
6.       Sebagai penutup wacana,
7.       Sebagai penghias bicara akhir,
8.       Sebelum mengakhiri wacana ini,
9.       Secara keseluruhan,
10.     Secara total ( berjumlah )
11.     Akhir kata,




ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

1.       Walau bagaimanapun,
2.       Namun demikian,
3.       Namun begitu,
4.       Meskipun,
5.       Daripada perspektif yang berbeza,
6.       Jika dilihat dari sudut lain,
7.       Dengan kata lain,
8.       Kontradiksinya,
9.       Di sebalik itu,
10.     Dalam pada itu,
11.     Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat.
1.        ___bak /seperti kata peribahasa,
2.        ___bak kata peribahasa Melayu,
3.        ___bak kata pepatah Melayu,
4.        ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll
5.        ___bak kata mutiara,
6.        ___bak peribahasa,
7.        ___bak pepatah,
8.        ___bak kata cendekiawan,/ pujangga
9.        ___persis kata peribahasa ( sama benar, serupa benar)
10.     ___persis kata peribahasa Melayu,
11.     ___persis kata orang tua-tua,
12.     ___persis kata mutiara,
13.     ___persis peribahasa,
14.     ___persis kata cendekiawan,
15.     ___Hal ini boleh disamakan  dengan peribahasa … yang  bermaksud….              
16.     Senario ini persis peribahasa Melayu, yakni……..
17.     Fenomena ini dikatakan
18.     Masalah ini ada persamaan dengan peribahasa……
19.     Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan ………. janganlah
          nanti…slogan tinggal slogan.
20.    Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan