SELAMAT DATANG KE BLOG BICARA GURU

Rabu, 11 April 2012

Soalan UPSR





SOALAN BAHASA MELAYU ( PENULISAN )
TAHUN 6


LATIHAN MINGGUAN

BAHAGIAN A

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.


               

              

  BAHAGIAN B


1.    Kamu dan kawan-kawan kamu berpeluang untuk menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke    
       Johor   Bahru.
       Tulis pengalaman kamu itu.

                                                                          ATAU

2.    Kamu ingin memesan beberapa buah buku daripada sebuah syarikat penerbitan dan   
       bertanyakan buku-buku lain terbitannya.
       Tulis sepucuk surat kepada syarikat berkenaan.

                                                                          ATAU

3.    Kamu sebagai ketua diminta menyampaikan ucapan dalam majlis sambutan Hari Kanak-kanak  
       peringkat sekolah.
      Tulis ucapan tersebut.

BAHAGIAN C

Tulis lima nilai yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Kakak menyuruh Fadhil pergi ke pasar untuk membeli barangan dapur. Dia akur arahan kakaknya walaupun sedang asyik bermain permainan video. Dia mencatat setiap pesanan agar tidak berlaku kesilapan ketika hendak membeli barangan dapur. Dia memilih untuk berjalan kaki saja ke pasar kerana dia mahu mengekalkan kecergasan. Fadhil menggunakan laluan pejalan kaki dan jejantas yang telah disediakan. Di samping itu , dia tidak lalai memerhatikan kenderaan yang sedang sibuk itu.

    Ketika hendak pulang ke rumah, dia ternampak seorang lelaki buta hendak melintas jalan. Dia telah memimpin seorang lelaki buta melintas jalan. Lelaki buta itu mengucapkan terima kasih kepada Fadhil. Di sebuah kedai berdekatan, Fadhil ternampak bendera Malaysia terjatuh dan tidak dipedulikan oleh orang ramai yang
lalu- lalang. Dia berasa amat sedih. Dia mengambil bendera tersebut lalu menggantungnya semula dengan cermat. Setibanya di rumah, dia menyerahkan barangan yang dibeli dan memulangkan semua wang baki kepada kakaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan